Blog Induk

Friday, December 16, 2011

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan tahun 2012

Sebelum apa-apa... nak khabarkan bahawa, sebenarnya post ini adalah disalin semula daripada POST INI

Berikut ini adalah tarikh rasmi bagi Pembayaran Gaji Bulanan bagi tahun 2012, yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara, dalam Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara, Bilangan 6, 2011. Semoga memberi motivasi untuk meningkatkan prestasi...!
Kecik? klik imej untuk paparan lebih besar...

SBPA - Opsyen bersara 60 tahun sebenarnya fleksibel.

Masih ramai masih ragu-ragu sama ada nak pilih SBPA atau terus dengan SSM yang diguna pakai sekarang. Termasuklah TcRaiN sendiri. Terasa berat hati sungguh untuk memilih pencen pada usia 60 tahun. Tetapi TcRaiN suka kelebihan lain yang ada dalam SBPA. Cuma masalah bersara 60 tahun saja yang menjadi keberatan. Sebenarnya hal tu tidaklah patut dibimbangkan sangat... kerana... err... tengok sajalah rakaman ini... DI SINI
Owhh... internet slow ka? Tidak apa, biar TcRaiN taipkan balik apa yang diperkatakan dalam video di atas ni. Katanya... Jika kita dah masuk SBPA, dan sekaligus memilih untuk bersara pada usia 60 tahun, kita sebenarnya masih boleh menukar tempoh bersara kepada yang lebih awal, iaitu pada usia sekurang-kurangnya, 55 tahun. Segala faedah pencen dan ganjaran akan dibayar pada usia dia bersara itu. Tidak perlu tunggu 60 tahun baru dapat bayaran pencen dan ganjaran.

Satu lagi... dalam SBPA ni, hanya gaji pokok yang akan naik... elaun-elaun tidak akan naik! Dibekukan katanya.... Hmmmm.... Tidak begitu faham lah yang ini... Adakah maksudnya, tiada kenaikan tahunan untuk elaun-elaun seperti dalam SSM? Kena gali lagi ni...

Tangga Gaji Baru Kakitangan Awam di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Saja nak share benda yang menjadi tanda tanya ramai kakitangan awam sejak Bajet 2012 dibentangkan... Sila klik imej untuk ke laman web berkenaan di mana anda boleh muat turun slide show asli daripada taklimat yang telah dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, pada 8 Disember 2012, bagi negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Terdapat contoh perubahan gaji jika bertukar dari SSM ke SBPA. Silalah lihat di mana kedudukan gaji anda...
Klik jer imej ni...

Come on click me