AKTIVITI | CADANGAN PENGISIAN |
Majlis Pelancaran | - Pelajar Tingkatan 3 Berkumpul Di Dewan - Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah - Bacaan Doa - Ucapan Tuan Pengetua - Ceramah “Kepentingan Membaca” oleh penceramah jemputan (Pegawai BTPN/PKG) - Penyampaian Cenderahati kepada penceramah - Taklimat Aktiviti Program Membaca 1Malaysia oleh ketua penyelaras program. - Penutup: Nyanyian Lagu “BUDAYA MEMBACA” |
Buku Skrap | - Buku skrap yang dihasilkan adalah mewakili setiap kelas tingkatan 3. - Setiap kelas hendaklah menghantar 1 buku skrap yang berkaitan dengan kepentingan membaca. - Pada 8 / 11 /2010, Buku Skrap yang telah dihasilkan dihantar dan dipamerkan di Pusat Sumber untuk diberi penilaian. - Penyertaan yang lewat daripada 8/10/2010 tidak akan diambil kira. - 3 pemenang pertandingan buku skrap akan diumumkan dalam majlis penutupan - Guru penyelaras Aktiviti bertugas memastikan adanya penyertaan daripada setiap kelas tingkatan 3. |
Membaca 10 Minit | - Semua pelajar berkumpul di dewan ilmu / perpustakaan dan memilih bahan bacaan mereka sendiri. Mereka dikehendaki membaca bahan bacaan tersebut dalam masa 10 minit, dalam keadaan senyap. - Selepas habis 10 minit, semua pelajar berkumpul di dewan ilmu. Beberapa pelajar akan dipilih secara rawak atau sukarela untuk mengulas artikel yang mereka telah baca di hadapan penonton selama 10 minit. Setiap ulasan akan dinilai pada hari tersebut. - 10 orang pengulas terbaik akan diumumkan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah - Guru Penyelaras Aktiviti bertugas i. memastikan aktiviti berjalan lancar |
Projek Kitar Semula Sayangi Bumi Kita | - Produk daripada bahan kitar semula adalah dihasilkan oleh waki setiap kelas tingkatan 3. - Setiap kelas hendaklah menghantar 1 produk kitar semula. - Pada 9 / 11 /2010, produk yang telah dihasilkan dihantar dan dipamerkan untuk diberi penilaian. - Penyertaan yang lewat daripada 9/10/2010 tidak akan diambil kira. - 3 pemenang pertandingan menghasilkan produk kitar semula akan diumumkan dalam majlis penutupan - Guru penyelaras Aktiviti bertugas memastikan adanya penyertaan daripada setiap kelas tingkatan 3. |
Pertandingan Perbahasan | - Perbahasan adalah antara kelas-kelas tingkatan 3. - Penyertaan sekurang-kurangnya 3 kelas (atau semua kelas) - Format perbahasan adalah “Bahas Ala Parlimen” - Tugas Penyelaras aktiviti i. Memastikan penyertaan pelajar ii. Membentuk AJK untuk Majlis Pertandingan (Juruacara, Penjaga Masa, P A System, dan sebagainya dari kalangan pelajar) iii. Melantik pengadil pertandingan iv. Hadiah kepada 3 pemenang akan disampaikan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah |
Pertandingan Pidato/Public Speaking | - Pertandingan adalah secara individu. - Penyertaan hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang peserta. - Tugas Penyelaras aktiviti i. Menentukan format pertandingan ii. Memastikan penyertaan pelajar iii. Membentuk AJK untuk Majlis Pertandingan (Juruacara, Penjaga Masa, P A System, dan sebagainya dari kalangan pelajar) iv. Melantik pengadil pertandingan. v. Hadiah kepada 3 pemenang akan disampaikan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah |
Buku Kegemaranku /Mengulas Buku | - Pertandingan adalah secara individu. - Penyertaan hendaklah sekurang-kurangnya 3 orang peserta dari kalangan pelajar tingkatan 3. - Tugas Penyelaras aktiviti i. Memastikan ada penyertaan ii. Membentuk AJK untuk Majlis Pertandingan (Juruacara, Penjaga Masa, P A System, dan sebagainya dari kalangan pelajar) iii. Melantik pengadil pertandingan. iv. Hadiah kepada 3 pemenang akan disampaikan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah |
Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Sekolah | - Tugas penyelaras aktiviti: i. menyediakan atur cara majlis ii.Memastikan majlis berjalan dengan baik |
Membuat Laporan dan Menghantar Laporan Program Ke BTPN/JPN | - Menyediakan dan menghantar laporan seperti yang dikehendaki |
Disediakan Oleh,
(AINATY MOHD YUSOF WATTY)
Ketua Penyelaras Program/GPM
No comments:
Post a Comment