Blog Induk

Friday, December 16, 2011

SBPA - Opsyen bersara 60 tahun sebenarnya fleksibel.

Masih ramai masih ragu-ragu sama ada nak pilih SBPA atau terus dengan SSM yang diguna pakai sekarang. Termasuklah TcRaiN sendiri. Terasa berat hati sungguh untuk memilih pencen pada usia 60 tahun. Tetapi TcRaiN suka kelebihan lain yang ada dalam SBPA. Cuma masalah bersara 60 tahun saja yang menjadi keberatan. Sebenarnya hal tu tidaklah patut dibimbangkan sangat... kerana... err... tengok sajalah rakaman ini... DI SINI
Owhh... internet slow ka? Tidak apa, biar TcRaiN taipkan balik apa yang diperkatakan dalam video di atas ni. Katanya... Jika kita dah masuk SBPA, dan sekaligus memilih untuk bersara pada usia 60 tahun, kita sebenarnya masih boleh menukar tempoh bersara kepada yang lebih awal, iaitu pada usia sekurang-kurangnya, 55 tahun. Segala faedah pencen dan ganjaran akan dibayar pada usia dia bersara itu. Tidak perlu tunggu 60 tahun baru dapat bayaran pencen dan ganjaran.

Satu lagi... dalam SBPA ni, hanya gaji pokok yang akan naik... elaun-elaun tidak akan naik! Dibekukan katanya.... Hmmmm.... Tidak begitu faham lah yang ini... Adakah maksudnya, tiada kenaikan tahunan untuk elaun-elaun seperti dalam SSM? Kena gali lagi ni...

2 comments:

Come on click me