Blog Induk

Tuesday, April 10, 2012

Mr Hendry Anandan dicari peminat!!!

Salam sejahtera kepada yang sudi menjengah ke sini... atau... anda sebenarnya bukan menjengah... tapi TERjengah ke sini. Blog ni sebenarnya dibuat suka-suki saja pada tahun 2010, tapi baru 5 hari lepas didaftarkan dengan Mr Nuffnang, kerana hati tiba-tiba tergerak. Selama ini saya tak daftarkan kerana saya tau diri juga... saya sendiri pun tak masuk blog ni apa lagi orang lain... Bagai melukut di tepian gantang... tak kan sudi Mr Nuff nak menerimanya... ha ha.. 

Melalui 'analitik' Mr Nuff... saya boleh menyemak bilangan pengunjung yang datang, kenapa dia datang, dia datang melalui apa, dari mana dia datang, apa yang dia cari....  Selepas menyemak, alangkah bangganya saya kerana blog ini kerana telah dikunjungi oleh  1 (SATU) orang pelawat. Rupa-rupanya satu-satunya pelawat saya sebenarnya tersesat ke sini sewaktu mencari-cari Mr Hendry Anandan... Lihatlah keyword yang dia gunakan...

Cek punya cek... rupa-rupanya, nama Mr Hendry ada dalam blog ini sewaktu saya menulis tentang Projek ISFX1K1M..., pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment

Come on click me