Blog Induk

Friday, May 21, 2010

TERKINI TENTANG, MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG

This time entry is special because it was generated through my handphone, NOKIA N97.


Today, we got confirmation of "Jasamu Dikenang" Dinner Venue. This is because of my proactive actions done by my assistant koordinator, Mdm Dora Pongod. She is always confident, optimist with what she was doing. I know, I have made the right choice. Salute Mdm. Dora. Now we may distribute all kinds of letter.


Secretary of the program, Mdm Hanisah Hassan is also showing her excellet job. She is a self-directed person and focus. Mr. Hanafi Md. Adnan now also busy in printing  the Program Brochures. As well as banquet committee, they are now get manage to get the best quotation from Hotel Juta. Thanks to Hotel Juta as well. Meanwhile Mr Nuh also have updated the school website to publicize this program. Ticket Committee is actively designing the tickets. Other committee has also shows their hard working and paying serious attentions to this project. Bravo to all of you. I know that is not easy to bear the responsibility as a teacher, then topped with additional task like this program. Only Allah will recompense you. may our effort will be blessed by Allah.


ENTRI KALI INI ISTIMEWA, KERANA DIHASILKAN MELALUI TELEFON TANGAN TCR AIN, NOKIA N97.

ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT 'CONFIRMATION' TENTANG TEMPAT MAJLIS MAKAN MALAM DIADAKAN... SEMUA INI ADALAH HASIL SIKAP PROAKTIF PENOLONG PENYELARAS, PUAN DORA PONGOD YANG SENTIASA YAKIN, PASTI DAN OPTIMIS DENGAN APA YANG DILAKUKANNYA. TERNYATA TCR AIN TIDAK PILIH ORANG YANG SALAH UNTUK JADI PEMBANTU. SALUTE PUAN DORA. BILA TEMPAT DAH PASTI, MAKA BOLEHLAH DIEDAR SEGALA MACAM SURAT ITU, SURAT INI. SETIAUSAHA PUAN HANISAH PUN NAMPAKNYA SEORANG YANG FOKUS DAN TERARAH. ENCIK HANAFI PUN SEDANG SIBUK MENCETAK BROSUR. AJK JAMUAN PUN TIDAK KURANG HEBATNYA. DAH PUN DAPAT SEBUT  HARGA TERBAIK DARIPADA HOTEL JUTA. TERIMA KASIH HOTEL JUTA. ENCIK NUH PUN DAH UPDATE MAKLUMAT DALAM WEBSITE. AJK TIKET SEDANG GIAT MEREKABENTUK TIKET DAN MEMBUAT TEMPAHAN.

AJK-AJK LAIN JUGA SEMUANYA RAJIN DAN MEMBERI PERHATIN SERIUS TERHADAP PROJEK INI. TAHNIAH PADA SEMUA. KERANA BUKAN SENANG MENGGALAS TUGAS  SEBAGAI GURU DAN DALAM MASA YANG SAMA  KENA BUAT KERJA TAMBAHAN SEPERTI INI. HANYA ALLAH SAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEIKHLASAN DAN JASA BAIK ANDA SEMUA.

Wednesday, May 19, 2010

1SFX = 1K = 1M, FUND COLLECTING PROGRAMME FOR SM. SAINT FRANCIS XAVIER KENINGAU DEVELOPMENT

Introduction:
Saint Francis Xavier Secondary School of Keningau (SMSFX), has been in existence since January 1960. This year SMSFX have reached the age of 50 years, and is the oldest school in the district of Keningau.

SMSFX is only about 2.3 acres, the area considered to be the smallest school in the State.
SMSFX only has 15 classrooms, while the number of classes are 25 classes from Form 1 to Form 5. One of the class is in in the room of Self Access Learning Centre (SAL) and one more class in the science laboratory.

The two special rooms had to be sacrificed in order to provide classes for community in Keningau district. 
Number of students enrolled in this schools also increased from year to year. Due to the lack of classrooms, the average in each room is 45 people.

In the past 50 years of its existence, SMSFX has produced many respected figures such as politicians, businessmen, contractors, doctors, lawyers, teachers, lecturers and many more.

Although deprived, every year the school continued to show excellent academic performance in Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) and Sijil Pelajaran Malaysia examination (SPM).
In co-curricular, performance is impressive as well.

1SFX = 1K = 1M Programme Background:
Parents and Teachers Association of Secondary School Saint Francis Xavier, Keningau (PTA SMSFX) and the Board of Management of Saint Francis Xavier Secondary School, Keningau (LPSMSFX) have been and are working to provide better facilities for the school.

School development projects plan, is divided into four phases as follows:
1.
Phase 1: Renovated the old buildings into a new teachers room and converted the “Pondok Ilmu” into “Dewan Ilmu”. Project are completed.

2.
Phase 2 : Construction of two storey building to put special rooms (Laboratory / SALC / Art Room), to build multipurpose stores, School cooperation Shop building, the maintenance of "surau" and guard booth and filling the car parking with premix. This phase is underway and is expected to be completed by July 31, 2010.

3. Phase 3: Construction of three storey building to accommodate 12 classrooms. The plan has been prepared but is still looking for funds to begin construction work

4.
Phase 4: Construction of Multipurpose Hall. Plan has been prepared but is still looking for funds to begin construction work

One programme designed to raise funds is called 1SFX = 1K = 1M.
1 SFX = 1k = 1m can be explained as follows:
• 1SFX is that the search of 1000 former student / staff of SMSFX to contribute to the SMSFX School Management Board fund.
• If each of these persons in 1000 accounted for RM1000, will be called as 1K
• If every person contribute RM1000, the amount of accumulated funds will be RM1 000,000 (1000persons X RM1000), which is called as 1M

We are very pleased to invite you to contribute to the School Management Board fund, by joining the 1SFX = 1K = 1M program. Together we can ensure the Phase 3 and Phase 4 development of this school become reality.
 As in appreciation, we will be maintaining a list of all names (individuals or groups or agencies) those who have given donation of RM1000, on the wall of the third phase building. This is for the benefit of future generations, as well as a source of inspiration to them to voluntarily contribute to the school.

For those who contributed before July 28, 2010, are invited to attend the Jasamu Dikenang Dinner that to be held on the following resolution:
Date: July 30, 2010
Time: 7:00 Night
Place: Square diocese, Xavier Saint Francis, Keningau.
(Limited to one person)

If You are interested to be one of the contributors in this program, may obtain the participation forms and the term and conditions at the SMSFX general office, or contact:

i.
President of the PTA SMSFX Mr Johnny Tan Kulai (0198829333),
ii.
LPSMSFX chairman Mr Justin Asok (0138978154),
iii.
BC. St. Francis Xavier Keningau, Tel: 087331325, fax: 087338973 and speak to Lord principal, Mr Johnny Apin or the Senior Administrative Assistant Mr Hendry Anandan.
iv.
Through the Web Site; http://www.sfx.edunet.my

Contemplation:
"The world is only temporary.
Eternal hereafter. Jariah charity is a charity that will not end. Reward will continue even after we die! "

Thank you.

PROGRAM 1SFX=1K=1M, UNTUK KUMPUL DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH SAINT FRANCIS XAVIER KENINGAU

1 SFX=1K=1M
Pengenalan:
Sekolah Menengah Saint Francis Xavier Keningau (SMSFX), telah wujud sejak Januari 1960. Pada tahun ini SMSFX telah mencapai usia 50 tahun, dan menjadi sebuah sekolah yang tertua di daerah Keningau.

SMSFX hanya berkeluasan 2.3 ekar, iaitu keluasan sekolah yang dianggap terkecil di Sabah. Bilangan kelas yang ada sekarang ialah 25 buah, dan murid-murid terpaksa dipadatkan ke dalam 15 buah bilik, termasuk satu kelas menumpang di bilik Self Access Learning Centre (SAL) dan satu kelas lagi menumpang di makmal
sains fizik.

Bilik-bilik khas tersebut terpaksa dikorbankan demi menyediakan kelas untuk anak-anak didik di daerah Keningau. Bilangan pelajar mendaftar di sekolah ini juga terus meningkat dari tahun ke tahun. Disebabkan kekurangan bilik darjah juga, purata dalam setiap bilik ialah 45 orang.

Dalam tempoh 50 tahun kewujudannya, SMSFX telah melahirkan ramai tokoh yang disegani seperti ahli politik, peniaga, kontraktor, doktor, peguam, guru, pensyarah dan banyak lagi.

Walaupun serba kekurangan, saban tahun sekolah ini terus menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di samping prestasi yang membanggakan dalam ko kurikulum.

Latar Belakang Program 1SFX=1K=1M:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau (PIBG SMSFX) serta Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Saint Francis Xavier, Keningau (LPSMSFX) telah dan sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi sekolah ini.

Projek pembangunan sekolah yang dirancang dibahagikan kepada 4 Fasa iaitu:

1. Fasa 1 : Mengubah suai bangunan lama dan pondok ilmu menjadi bilik guru baru dan Dewan Ilmu. Telah siap sepenuhnya

2. Fasa 2 : Pembinaan bangunan dua tingkat untuk bilik-bilik khas (Makmal / Bilik SAL / Bilik Seni Lukis), stor serbaguna, bangunan koperasi, penyelenggaraan surau dan pondok jaga serta menimbus petak letak kereta dengan premix. Fasa ini sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 31 Julai 2010.

3. Fasa 3 : Pembinaan bangunan 3 tingkat untuk menempatkan 12 buah bilik darjah. Plan telah disediakan tetapi masih mencari dana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan

4. Fasa 4 : Pembinaan Dewan Serbaguna. Plan telah disediakan tetapi masih mencari dana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan

Salah satu program yang dirancang bagi mengumpul dana ialah Program 1SFX=1K=1M.

1 SFX=1K=1M boleh dijelaskan sebagai berikut:
• 1SFX ialah pencarian 1000 orang bekas pelajar / kakitangan SMSFX untuk menyumbang kepada tabung Lembaga Pengurusan Sekolah SMSFX.
• Jika setiap seorang menyumbang daripada 1000 orang tersebut, menyumbang sebanyak RM1000, dipanggil sebagai 1K
• Jika sumbangan daripada kesemua seribu orang berkenaan, jumlah dana akan terkumpul menjadi RM1 000 000 (1000orang X RM1000), yang dipanggil sebagai 1M

Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan-tuan dan puan-puan menyumbang kepada tabung Lembaga Pengurusan Sekolah ini, melalui Program 1SFX = 1K = 1M agar pembangunan Fasa 3 dan Fasa 4 sekolah ini dapat diteruskan. Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga, kami akan mengabadikan semua senarai nama (individu atau kumpulan atau agensi) yang telah memberi sumbangan sebanyak RM1000 dan ke atas, pada dinding bangunan Fasa 3 tersebut, untuk tatapan generasi akan datang, sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk turut sama memberi sumbangan kepada sekolah.

Bagi mereka yang menyumbang sebelum 28 Julai 2010, adalah dijemput untuk hadir dalam Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Julai 2010
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Dataran Keuskupan, Saint Francis Xavier, Keningau.
(Terhad kepada 10 orang bagi kategori bukan individu / Terhad kepada 2 orang bagi kategori individu)

Sekiranya Tuan/Puan berminat menjadi salah seorang penyumbang dalam program ini, bolehlah mendapatkan borang dan syarat penyertaan dari kaunter pejabat am SMSFX, atau berhubung dengan:

i. Yang Dipertua PIBG SMSFX Encik Johnny Tan Kulai (0198829333),
ii. Pengerusi LPSMSFX Encik Justin Asok (0138978154),
iii. SM. St. Francis Xavier Keningau, Tel : 087331325, faks: 087338973 dan bercakap dengan Tuan Pengetua, Encik Johnny Apin atau dengan Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hendry Anandan.
iv. Melalui Laman Web; http://www.sfx.edunet.my

Renungan:
“Dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi. Sedekah Jariah adalah suatu kebajikan yang tak akan berakhir. Pahala tetap berterusan walaupun setelah kita meninggal dunia!”

Sekian, terima kasih.

Marathon Mesyuarat!

6.21 pagi, sampai sekolah, pas tu edar kertas soalan exam Prinsip Perakaunan tingkatan 5.
7.00 pagi, jaga exam, baru perasan soalan ada slack beberapa tempat. Nasib baik sendiri yang jaga! Huh... tak sepatutnya berlaku... Tapi apa boleh buat, sepanjang minggu lepas, kepala berserabut banyak dengan banyak hal. Harap kesilapan ini dimaafkan. Lagipun dah dibetulkan...

8.30 menyempat pergi ambil lap top di Info Ware. Baru-baru ni kena virus. Jahat betul orang yang hantar virus melalui email tu... Tu lah masalahnya kalau kita subscribe "yahoo group" ni. Naib baik darling ku dah sembuh dari pencemaran virus. Rindu tau, dua hari tak jumpa.

8.45 pergi beli makanan untuk Iddin yang nak ke sekolah petang.

9.00 pagi dah balik semula ke sekolah. Buat persediaan sebelum mesyuarat Makan Malam Jasamu Dikenang. Siapkan semua surat-menyurat, borang, deskripsi tugas dan lain-lain yang perlu

9.40 mesyuarat pentadbiran. Banyak juga perbincangan Kena buat minit mesyuarat untuk ini. Sebab Tcr Ain setiausaha pentadbiran.

11.00 pagi mesyuarat Makan Malam Jasamu Dikenang untuk guru-guru sesi petang. Jam 11 jer dorang dah masuk bilik mesyuarat, padahal mesyuarat pentadbiran belum habis sepenuhnya. He he he... bagus juga supaya mesyuarat berhenti pada waktu ditetapkan. Semasa pertukaran slot mesyuarat tu, menyempat lagi suruh Iddin ke sekolah dan tulis nota untuk Ijoi supaya ambil adiknya di tadika. Kelam kabut ngko...

12.30 tengah hari, mesyuarat Makan Malam Jasamu Dikenang untuk guru-guru sesi pagi yang baru abis kelas pulak. Guru-guru petang dah beredar masuk kelas. Marathon tiga mesyuarat!!!!

Habis semua mesyuarat, jam 2.15 petang.

Adalah beberapa perubahan kena buat. Huh... nantilah cerita pening kepala lah pula. Chiow...

Saturday, May 15, 2010

Kalau ku tau....

Salam... Minggu lalu tu kan... hari Sabtu tu, Tcr Ain dah perasan sangat-sangat dah nak melepaskan jawatan Bendahari Kehormat (kehormat you....) PIBG sekolah. Dah siap kemas kini dah semua fail. Beli beg khas lagi untuk memuatkan fail-fail bendahari kehorrrrrmat PBG tu. Konon nak serah cepat dengan bendahari kehorrrrrmat yang baru. Sekali dorang semua "buli" lah... Aku kena lagi sekali untuk terus pegang tugas tu... Huhhhh! Dorang tak tau macam mana azabnya perasaan sepanjang pegang tugas ni. Terutama sekali kalau ada aktiviti "fund rising". Kat situ bercelaru sangat rekod! Contohnya macam tahun 2008 tu, Majlis Makan Malam Amal... Tiket walaupun dah direkod siapa-siapa yang pegang, tapi semua tu bergantung pada komitmen dan kerjasama banyak pihak. Tapi bukan aku sorang jer kena. YDP kena untuk penggal ke-3. Hanafi pun kena juga. Tcr Ain berjanji.... ini penggal yang terakhir. Kasi chance untuk kali terakhir! Tak apa... I CAN DO IT!

Sebaik saja mesyuarat tu tamat terus panggil mesyuarat untuk penganjuran Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang, sempena Jubli Emas SM SFX. Yang peritnya, Tcr Ain jadi ketua penyelaras. Tapi disebabkan program ni gabung dengan PIBG, Tcr Ain kena bertindak sebagai Bendahari PIBG lah juga...! 2 tugas.
Lepas mesyuarat 10 Mei tu... keputusan mesyuarat, makan malam tu kena gabung sekali dengan program 1K=1SFX (<-- klik). Laaaaagiiii perit..!

Bila dah dilantik jadi penyelaras ni... mungkin dah jadi peel Tcr Ain agaknya, tak senang hati kalau tak buat semua kerja. Macam semua tugas pun Tcr Ain nak buat sendiri. Tak tau kenapa...! Tak suka nak mengarah-arah orang sebenarnya. Satu lagi Tcr Ain jenis yang tak sabar. Kalau Tcr Ain dah cakap minta buat itu, ini, orang tak buat, Tcr Ain terus nak buat sendiri. Teruk kan???

Sepanjang minggu lepas, tiap-tiap hari balik sekitar jam 5 petang. Walaupun punch card dalam jam 2 petang, tapi hakikatnya, Tcr Ain stay kat library tu. Sebab nak siapkan semua surat-menyurat, borang-borang, brosur, menyebarkan maklumat melalui e mel sebanyak mungkin. Mana nak sedia soalan exam lagi. Tulis buku rekod mengajar lagi, nak siapkan ABM lagi. Semualah berserabut...!

Setakat ni semua dokumen / surat menyurat / perkara yang perlu dah disediakan. Minggu depan dah ready sangat-sangat untuk buat menyuarat kali ketiga. Tcr Ain tak senang hati selagi tak tau perkembangan AJK. Tak tau setakat mana lah dorang dah buat kerja.

Macam mana pun, tugas ni kena buat juga. Walau macam mana pun malasnya kita, kita tetap kena teruskan program ni. Akhirnya kena buat juga! Daripada buat kelam kabut kemudian, baik kita buat awal dalam keadaan yang relax (yer ker relax???) Pengetua dah tanya dalam mesyuarat... setuju untuk teruskan atau tidak??? Semua diam... tak ada yang bantah... Jadi maknanya semua setujulah nak buat kan??? So.... kerja lah...!

GOOD LUCK!!

Friday, May 7, 2010

Hari Jumaat.... Huh... Esok AGM PIBG SMSFX

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang menyenangkan kerana hujung minggu.... Tetapi hakikatnya esok kena kerja lorr....

Walaupun kena datang kerja, dan dalam masa yang sama kena hantar anak gi sekolah agama hujung minggu, tapi esok adalah hari yang telah sekian lama dinanti. Kerana... esok AJK PIBG akan dibubarkan. Segala fail dan laporan telah dilengkapkan, telah diaudit. Bagai nak gila juga menyiapkannya. Akhirnya segala fail  tersebut telah bersedia untuk beralih tangan. Bolehlah menarik nafas lega lepas ni...!

Boleh tumpukan kepada tugas-tugas lain. Semoga segalanya berjalan lancar esok hari. Amin...!

Thursday, May 6, 2010

Mesyuarat Pertama dah buat... Huh...

Hari ni dah buat mesyuarat pertama penganjuran Makan Malam Jubli Emas.

Ada beberapa pelarasan AJK perlu dibuat. Yang tu dah dilaraskan dalam fail. Langkah seterusnya;
1. Sediakan surat jemputan mesyuarat yang melibatkan AJK PIBG dan Lembaga Pengurusan sekolah, untuk diserahkan terus selepas AGM PIBG 8 Mei ini. Mesyuarat tu nanti akan diadakan pada 10 Mei pukul 12.00 tengah hari...
2. Mesyuarat AJK Panel Pemilihan 10 Mei 2010, jam 9.40 pagi.
3. Tampalkan senarai AJK yang telah dilaraskan di papan kenyataan guru.
4. Keluarkan surat pelantikan AJK (barulah tiada yang pura-pura tidak tahu tugas masing-masing)

Hah... satu lagi untuk AGM PIBG Sabtu ni kena sediakan resit kutipan derma... (aku pi buat sekarang yer...) Daa....

Wednesday, May 5, 2010

Huarrrgghhhhh!!!! Bagai nak gila wo..

Sejak kelmarin Tcr Ain sibuk bangat! Kelmarin balik rumah jam 5 petang. Sepatutnya jam 12.20 dah balik... Huuaaaaa....! Apa nak buat.... Ingat senang jadi cikgu??? Kerja cikgu bukan sekadar mengajar. Banyak lagi kena buat sebenarnya.

Tengoklah kelmarin sibuk bagai nak gila...! Mula-mula tu. di awal2 pagi kena sambut penceramah Seminar Teknik Menjawab soalan Prinsip Perakaunan, sampai jam 10 pagi. Pastu masuk kelas, penat-penat jer bawa lap top, LCD, wayar penyambung naik ke tingkat 3. Konon nak bincang soalan baru... sekali budak2 ni tak buat kerja rumah....!!!! Bengang tak???? Dah lah mengemis masa Cikgu Syibli.... Konon semangat nak mengajar ni....! Abis budak2 tu kena belasah dengan mulut laser...!

Lepas habis kelas, belum penat dari melaser, kena mengaudit akaun PIBG... (buat sikit jer belum siap pun sampai sekarang) , dalam masa yang sama kena siapkan fail ko kurikulum (ada pemantauan.... nasib baik siap he he... yer kerrr?). Dalam pada itu, selit-selitkan buat soalan peperiksaan perakaunan yang mula 12 Mei ini. Yang ni dah siap untuk tingkatan 5. Pulun kelmarin.... Huh....!!! Tension tak?.

Taaaappiiiiii.....yang memeritkan ialah format soalan kertas 2 Prinsip Perakaunan tingkatan 4 tu dah diubah. Pertama kali dalam hidup ni nak buat soalan format baru... Tensiooooonnnnn!!! mana nak rujuk???? (Masih belum siap sampai sekarang) Mampus aku nak mereka2 soalan. Bukan itu saja, sekarang ni masih duk kat sekolah buat laporan penggunaan bantuan kewangan dari kerajaan negeri... (Tengah buat dan belum siap). Mampus aku... petang ni Hanafi nak bawa laporan tu ke Johnny Tan Kulai. Alamaaaakkkk!!! Tak boleh ni... Byeeee... Tcr Ain pi sambung buat dulu ah....!

See you soon! Muuaahhhh!!

Tuesday, May 4, 2010

Kandungan Kerja Kursus Prinsip Perakauan SPM 2011

ISI KANDUNGAN :
1. Perakuan Calon
2. Penghargaan
3. Pengenalan perniagaan
4. Profil perniagaan
5. Perancangan urusniaga
6. Dokumen perniagaan
7. Buku Catatan Pertama
8. Lejar
9. Imbangan Duga
10. Penilaian Stok Akhir
11. Penyata Pendapatan
12. Kunci Kira-kira
13. Rumusan

Kredit to http://cgnarzuki.com

Come on click me