7.00 pagi, jaga exam, baru perasan soalan ada slack beberapa tempat. Nasib baik sendiri yang jaga! Huh... tak sepatutnya berlaku... Tapi apa boleh buat, sepanjang minggu lepas, kepala berserabut banyak dengan banyak hal. Harap kesilapan ini dimaafkan. Lagipun dah dibetulkan...
8.30 menyempat pergi ambil lap top di Info Ware. Baru-baru ni kena virus. Jahat betul orang yang hantar virus melalui email tu... Tu lah masalahnya kalau kita subscribe "yahoo group" ni. Naib baik darling ku dah sembuh dari pencemaran virus. Rindu tau, dua hari tak jumpa.
8.45 pergi beli makanan untuk Iddin yang nak ke sekolah petang.
9.00 pagi dah balik semula ke sekolah. Buat persediaan sebelum mesyuarat Makan Malam Jasamu Dikenang. Siapkan semua surat-menyurat, borang, deskripsi tugas dan lain-lain yang perlu
9.40 mesyuarat pentadbiran. Banyak juga perbincangan Kena buat minit mesyuarat untuk ini. Sebab Tcr Ain setiausaha pentadbiran.
11.00 pagi mesyuarat Makan Malam Jasamu Dikenang untuk guru-guru sesi petang. Jam 11 jer dorang dah masuk bilik mesyuarat, padahal mesyuarat pentadbiran belum habis sepenuhnya. He he he... bagus juga supaya mesyuarat berhenti pada waktu ditetapkan. Semasa pertukaran slot mesyuarat tu, menyempat lagi suruh Iddin ke sekolah dan tulis nota untuk Ijoi supaya ambil adiknya di tadika. Kelam kabut ngko...
12.30 tengah hari, mesyuarat Makan Malam Jasamu Dikenang untuk guru-guru sesi pagi yang baru abis kelas pulak. Guru-guru petang dah beredar masuk kelas. Marathon tiga mesyuarat!!!!
Habis semua mesyuarat, jam 2.15 petang.
Adalah beberapa perubahan kena buat. Huh... nantilah cerita pening kepala lah pula. Chiow...
No comments:
Post a Comment