Blog Induk

Saturday, May 15, 2010

Kalau ku tau....

Salam... Minggu lalu tu kan... hari Sabtu tu, Tcr Ain dah perasan sangat-sangat dah nak melepaskan jawatan Bendahari Kehormat (kehormat you....) PIBG sekolah. Dah siap kemas kini dah semua fail. Beli beg khas lagi untuk memuatkan fail-fail bendahari kehorrrrrmat PBG tu. Konon nak serah cepat dengan bendahari kehorrrrrmat yang baru. Sekali dorang semua "buli" lah... Aku kena lagi sekali untuk terus pegang tugas tu... Huhhhh! Dorang tak tau macam mana azabnya perasaan sepanjang pegang tugas ni. Terutama sekali kalau ada aktiviti "fund rising". Kat situ bercelaru sangat rekod! Contohnya macam tahun 2008 tu, Majlis Makan Malam Amal... Tiket walaupun dah direkod siapa-siapa yang pegang, tapi semua tu bergantung pada komitmen dan kerjasama banyak pihak. Tapi bukan aku sorang jer kena. YDP kena untuk penggal ke-3. Hanafi pun kena juga. Tcr Ain berjanji.... ini penggal yang terakhir. Kasi chance untuk kali terakhir! Tak apa... I CAN DO IT!

Sebaik saja mesyuarat tu tamat terus panggil mesyuarat untuk penganjuran Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang, sempena Jubli Emas SM SFX. Yang peritnya, Tcr Ain jadi ketua penyelaras. Tapi disebabkan program ni gabung dengan PIBG, Tcr Ain kena bertindak sebagai Bendahari PIBG lah juga...! 2 tugas.
Lepas mesyuarat 10 Mei tu... keputusan mesyuarat, makan malam tu kena gabung sekali dengan program 1K=1SFX (<-- klik). Laaaaagiiii perit..!

Bila dah dilantik jadi penyelaras ni... mungkin dah jadi peel Tcr Ain agaknya, tak senang hati kalau tak buat semua kerja. Macam semua tugas pun Tcr Ain nak buat sendiri. Tak tau kenapa...! Tak suka nak mengarah-arah orang sebenarnya. Satu lagi Tcr Ain jenis yang tak sabar. Kalau Tcr Ain dah cakap minta buat itu, ini, orang tak buat, Tcr Ain terus nak buat sendiri. Teruk kan???

Sepanjang minggu lepas, tiap-tiap hari balik sekitar jam 5 petang. Walaupun punch card dalam jam 2 petang, tapi hakikatnya, Tcr Ain stay kat library tu. Sebab nak siapkan semua surat-menyurat, borang-borang, brosur, menyebarkan maklumat melalui e mel sebanyak mungkin. Mana nak sedia soalan exam lagi. Tulis buku rekod mengajar lagi, nak siapkan ABM lagi. Semualah berserabut...!

Setakat ni semua dokumen / surat menyurat / perkara yang perlu dah disediakan. Minggu depan dah ready sangat-sangat untuk buat menyuarat kali ketiga. Tcr Ain tak senang hati selagi tak tau perkembangan AJK. Tak tau setakat mana lah dorang dah buat kerja.

Macam mana pun, tugas ni kena buat juga. Walau macam mana pun malasnya kita, kita tetap kena teruskan program ni. Akhirnya kena buat juga! Daripada buat kelam kabut kemudian, baik kita buat awal dalam keadaan yang relax (yer ker relax???) Pengetua dah tanya dalam mesyuarat... setuju untuk teruskan atau tidak??? Semua diam... tak ada yang bantah... Jadi maknanya semua setujulah nak buat kan??? So.... kerja lah...!

GOOD LUCK!!

1 comment:

  1. salam saya nak tnya kalau jadi bendahari pibg resit unutk majlis ape2 kena simpan ke..cth majlis mesyuarat pibg atau hari anugerah cemerlang..su saya kata xpayah..harap leh emelkan saya quasiriver@yahoo.com..ni fb saya
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001394354841

    ReplyDelete

Come on click me